Perpaduan kunci utama keharmonian, kesejahteraan – Al-Sultan Abdullah - Utusan Malaysia

Perpaduan kunci utama keharmonian, kesejahteraan – Al-Sultan Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa perpaduan antara berbilang bangsa dan kaum merupakan kunci utama kepada keharmonian serta kesejahteraan rakyat mahupun negara.

Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka bertitah, ia bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuh Harapan’.

Istana Negara memberitahu, Seri Paduka menyeru rakyat mengimbau kembali lebih enam dekad yang lalu di mana semangat kenegaraan dan cintakan tanah air menyatupadukan rakyat sekaliannya dengan tekad serta iltizam sehingga kemerdekaan diidamkan menjadi realiti.

Dalam pada itu, sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada hari ini melibatkan lebih 17,000 peserta perbarisan yang terdiri daripada 10 komponen dan dimeriahkan dengan lebih 100,000 pengunjung.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya