Rozman Isli lepas, bebas pertuduhan salah guna kedudukan - Utusan Malaysia

Rozman Isli lepas, bebas pertuduhan salah guna kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli daripada pertuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan kontrak bagi sebuah syarikat yang mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dalam kes tersebut.

Tambah hakim itu, tiada sebarang bukti yang menunjukkan Rozman mengetuai mesyuarat dalam pelantikan tersebut.

Ketika membacakan penghakiman ringkasnya, mahkamah mendapati tiada bukti menunjukkan bahawa Rozman membuat keputusan sendiri dalam melantik Labuan Liberty Port Management Sdn. Bhd. (LLPM) sebaliknya keputusan dibuat secara kolektif.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya