Foto pilihan PKP dan Hari Wilayah - Utusan Malaysia

Foto pilihan PKP dan Hari Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR 01 FEB: Suasana sepi tanpa pengunjung di lobi yang dihiasi dengan dekorasi sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma di Pusat Membeli Belah Pavilion berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
KUALA LUMPUR 1 FEB.: Seorang wanita melakukan riadah di Taman Tasik Titiwangsa sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
JASIN 01 FEB.: Norlida Abu Hassan, 50, (barisan hadapan, dua dari kanan) bersama ahli keluarga menghadiri majlis pengebumian anak angkatnya, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek, 7, yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh.-UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
SHAH ALAM 01 Feb.: Petugas Kesihatan Daerah Petaling melakukan kerja pengebumian jenazah yang dijangkiti Covid-19 di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada hari ini. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,907 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus). -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI