Bekas Panglima Angkatan Tentera didakwa pecah amanah RM3 juta

Bekas Panglima Angkatan Tentera didakwa pecah amanah RM3 juta

MOHD. Nizam Jaffar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan kedudukan dan menerima wang berjumlah RM752,481.90 dan satu pertuduhan pecah amanah RM3 juta. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan kedudukan dan menerima wang berjumlah RM752,481.90 dan satu pertuduhan pecah amanah RM3 juta.

Mohd. Nizam membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Bagi dua pertuduhan pertama, Mohd. Nizam yang pada ketika itu merupakan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyalahgunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM552,481.90 bagi Bungkusan Barang Hari Raya Bagi Tahun 2025.

Tertuduh didakwa ketika mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) telah melantik lima syarikat bagi kerja-kerja pembekalan kain pelikat, kain batik, ‘multifunctional folding pliers’, tuala mandi dan beg galas kepada TKAT yang mana beliau mempunyai kepentingan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 24 Jun 2024 di Kementerian Pertahanan, 15, Jalan Padang Tembak dekat sini.

Bagi pertuduhan ketiga, pada 4 Oktober 2024, di tempat sama, Mohd. Nizam ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan (TKAT) didakwa pecah amanah wang RM3 juta milik pertubuhan itu dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan jawatankuasa itu.

Bagi pertuduhan keempat, Mohd. Nizam sebagai PAT ATM telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM200,000 tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat yang diketahui mungkin ada kena-mengena dalam urusan yang dijalankan olehnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN