Hafizuddeain kekal pengakuan tak bersalah di Shah Alam

Bekas PTD didakwa lagi terima wang hasil haram RM145,000

Hafizuddeain
MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM145,000 pada 2024 hingga tahun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima RM115,000 melalui akaun bank miliknya antara 19 September hingga 28 November 2024.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan menerima RM30,000 pada 19 Mei 2025. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Ampang Point.

Pertuduhan dibuat di bawah Subseksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4 (1) akta sama.

Sabit kesalahan, Muhammad Hafizuddeain, 58, boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat memohon tertuduh dibenarkan mengguna pakai jaminan sama seperti di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, pendakwaan juga memohon kes dipindahkan untuk dibicarakan secara sekali dengan empat pertuduhan dihadapinya di mahkamah itu.

Peguam Aizul Rohan Anuar memaklumkan tiada halangan terhadap cadangan dikemukakan oleh pendakwaan.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin dengan mengguna pakai jaminan RM250,000 dengan dua orang penjamin serta syarat tambahan yang diputuskan di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur dan memindahkan kes ke mahkamah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN