KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca kemalangan melibatkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terbakar dan terhempas ketika berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam. Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, siasatan akan dilaksanakan secara menyeluruh mengikut prosedur keselamatan operasi penerbangan TUDM. “Pihak TUDM akan terus memastikan setiap aspek keselamatan penerbangan diberi keutamaan. dan mengambil langkah sewajarnya…