SUNGAI GOLOK, THAILAND: Hanya penyanyi Bea Sobar Bea Eda Ezrin dan rakanya Nur Aida Mamat yang dibenarkan pulang ke Malaysia hari ini selepas dibebaskan sepenuhnya dari Penjara Wilayah Narathiwat di sini semalam.
Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan rakannya itu dibenarkan pulang selepas melengkapkan proses dokumentasi.
Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok berkata, empat lagi rakyat Malaysia, suami kepada Eda Ezrin, Mohd. Affendi Ahmad, 35, suami Nur Aida iaitu Mohamad Alif Deraman, Eridieka Mohd. Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, masih ditempatkan di pejabat tersebut.
Menurutnya, empat rakyat Malaysia itu masih belum melengkapkan beberapa dokumentasi di pejabat imigresen sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.
“Penyanyi, Eda Ezrin dan Aida dibenarkan pulang ke Kelantan malam ini. Empat lagi rakyat Malaysia pula perlu melengkapkan beberapa dokumentasi lagi.
“Jadi, hanya dua rakyat Malaysia boleh pulang hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Ujarnya, kesemua empat lagi rakyat Malaysia perlu bermalam di Depot Tahanan Imigresen Sungai Golok.
Terdahulu, Eda Ezrin dan suami serta empat lagi rakan tiba di Depot Imigresen menaiki trak pikap pada pukul 4 petang waktu tempatan.
Semalam Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan Eda Ezrin, suami bersama empat rakan
dibebaskan sepenuhnya selepas ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam semalam.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan mereka untuk memberi keterangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan sebaik sahaja mereka dibenarkan pulang ke Malaysia.-UTUSAN