Croatia akan bangkit, lepas peringkat kumpulan- Modric

Croatia akan bangkit, lepasi peringkat kumpulan- Modric

MODRIC cuba melepasi kawalan pemain Maghribi ketika kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Stadium Al Bayt.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Permainan yang bertenaga yang dipamerkan skuad Maghribi berjaya mengikat naib juara Piala Dunia 2018, Croatia yang ketuai Luka Modric dalam aksi pertama Kumpulan F.

Mendapat sokongan sebahagian besar komuniti Maghribi di Stadium Al Bayt, skuad bimbingan Walid Regragui mengikut jejak langkah seteru Afrika, Tunisia yang turut mengikat Denmark pada aksi semalam.

“Ini satu perlawanan yang begitu sukar tetapi, saya percaya kami akan menjadi lebih baik pada perlawanan seterusnya jadi kami akan terus berfikiran positif,” kata Modric selepas tamat perlawanan.

Modric juga percaya pasukannya itu mampu mara lebih jauh sekalipun memulakan kempen edisi kali ini dengan agak perlahan dan gagal menjaringkan sebarang gol.

“Kami tidak datang ke sini hanya untuk bermain bola sepak dan sekadar melepasi peringkat kumpulan. Cita-cita kami lebih hebat selepas pencapaian di Russia tetapi kami perlu mengambil perlawanan demi perlawanan.

“Malah sebelum Piala Dunia 2018 pun, sasaran awal adalah untuk melepasi peringkat kumpulan. Jika kami dapat melakukannya sudah tentu kami akan menjadi lawan yang berbahaya kepada mana-mana pasukan,” katanya.

Dalam aksi tersebut, tidak banyak aksi di depan pintu gol terhasil sekali gus menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan ketiga dalam sembilan perlawanan di Qatar 2022 setakat ini.

Ada beberapa peluang mencipta jaringan iaitu percubaan Nikola Vlasic hampir menemui sasaran buat Croatia pada hujung babak pertama manakala tandukan pemain Maghribi, Noussair Mazraoui pula diselamatkan.

Croatia kini beralih tumpuan kepada aksi menentang Kanada pada Ahad, manakala Maghribi akan bertemu Belgium.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya