Saya buat begitu sebab penyokong Perancis ejek saya - Martinez

Saya buat begitu sebab penyokong Perancis ejek saya – Martinez

Penjaga gol Argetntina, Emiliano Martonez bergambar dengan trofi Sarung Tangan Emas selepas membantu pasukannya menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 semalam di Stadium Lusail, Doha. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez bukan sahaja mencuri tumpuan ketika perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang Perancis semalam dengan aksi tangkasnya menepis percubaan berbahaya Les Blues, namun turut mencetuskan kontroversi dengan menerusi gaya sambutannya ketika dikalungkan pingat juara selepas tamat perlawanan.

Martinez, 30 tahun yang meraih anugerah Sarung Tangan Emas atas kecekapannya menjaga gawang Argentina dalam perlawanan itu membuat mimik muka kelakar sambil meletakkan trofi di celah kangkangnya sejurus menerima anugerah berkenaan.

Bagaimanapun penjaga gol Aston Villa itu yang sinonim dengan gaya-gaya provokasi terhadap lawan tampil memberikan penjelasan mengenai perlakuannya ketika sesi penyampaian hadiah.

“Saya buat perangai sebegitu disebabkan penyokong Perancis mengejek saya, saya tak berapa menggemari sikap sebegitu.

“Kami mengharungi pelbagai kesusahan, kerana pada mulanya kami menyangka kami mengawal keadaan, tetapi mereka (Perancis) berjaya bangkit dan menyamakan kedudukan. Ia adalah perlawanan yang sangat rumit dan sudah dalam suratan takdir kami perlu menderita terlebih dahulu.

“Mereka berpeluang untuk menang, tetapi mujur saya mampu menepis percubaan (Randal Kolo) Muani pada minit akhir perlawanan. Ini adalah detik yang saya impikan selama ini, tidak terungkap dengan kata-kata. Saya berkelana ke England di usia yang muda dan saya ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada keluarga saya,” jelas Martinez.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya