Messi Mbappe berbalas jaringan, perlawanan ke penentuan penalti

Messi dan Mbappe berbalas jaringan,perlawanan diheret ke penentuan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara juara bertahan, Perancis dengan Argentina disulami dengan pelbagai drama sepanjang 120 minit saingan.

Separuh masa pertama, Argentina menguasai perlawanan dan berjaya mendahului dengan selesa menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Lionel Messi dan Angel Di Maria.

Bagaimanapun penghujung separuh masa kedua menyaksikan Perancis melakukan kebangkitan menerusi dua gol pantas oleh Kylian Mbappe untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Aksi di masa tambahan tidak kurang sengit, dan Messi sekali lagi mempamerkan taringnya apabila merencanakan serangan untuk skuad Albiceleste.

Bermula dengan satu gerakan serangan balas, Lautaro Martinez melakukan rembatan dan berjaya ditepis Hugo Lloris, namun sepakan susulan dibuat Messi berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Perancis biarpun pemain pertahanan berjaya menendang keluar bola tersebut sebelum jaringan itu disahkan oleh pengadil.

Bagaimanapun drama tidak berakhir, apabila empat minit sebelum permainan tamat, Perancis sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti setelah bola dikesan terkena tangan pertahanan Argentina, Gonzalo Montiel dan Mbappe mudah untuk menjaringkan gol hatriknya pada perlawanan ini sekaligus menjadikan kedudukan 3-3.

Kini kedua-dua pasukan akan menempuhi penentuan sepakan penalti bagi menentukan juara Piala Dunia 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.