Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh pelajar tingkatan 4 - Utusan Malaysia

Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh pelajar tingkatan 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seramai tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dipercayai bagi membantu siasatan melibatkan kematian seorang pelajar perempuan di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini petang semalam.

Difahamkan, penahanan ketiga-tiga pelajar lelaki yang bersekolah sama dengan mangsa dibuat dalam tempoh beberapa jam selepas penemuan mangsa, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Salah seorang daripada suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditemukan maut disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah, di Yong Peng, Batu Pahat petang semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN