Teknologi robotik dalam sektor kulinari jadi tarikan

Teknologi robotik dalam sektor kulinari jadi tarikan

ETHAN CHOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi robotik, automasi dan penyelesaian moden dalam masakan termasuk sistem robot memasak X-Bot antara tarikan utamai penganjuran edisi ketiga Taste & Trade 360 (TT360) 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 5 hingga 7 November ini.

Pameran anjuran Brilliant Exhibitions Sdn. Bhd. dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu menghimpunkan pelbagai pihak dalam mengangkat industry masakan terutama hidangan tempatan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ping Edge Technology Berhad, Ethan Choong dalam satu kenyataan berkata, penganjuran acara tersebut juga sekali gus dapat mengetengahkan perkembangan teknologi baharu dalam industri kulinari

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini sekali gus membantu menangani isu kekurangan tenaga kerja, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja mahir serta meningkatkan keseluruhan produktiviti dapur.

“Apabila teknologi robotik dan automasi mengambil alih tugas berulang dan memakan masa, tumpuan tenaga kerja manusia dapat dialihkan kepada aspek yang memerlukan kreativiti, pertimbangan dan perkhidmatan bernilai tinggi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, salah satu tarikan utama pameran tahun ini ialah pertandingan memasak robotik Battle of the Bots: Culinary Edition 2026 pada 6 November, yang menampilkan sistem robot memasak X-Bot pembangunan Gene Tech Sdn. Bhd.

Inisiatif hasil kerjasama Gene Tech, Ping Edge dan UOW Malaysia itu bertujuan menguji keupayaan robot memasak dalam menyediakan hidangan mengikut cita rasa dan konteks kebudayaan tempatan.

Hidangan yang dihasilkan akan dinilai oleh pakar kulinari tempatan berpengalaman antarabangsa berdasarkan kriteria rasa, kreativiti, kerumitan dan persembahan.

Selain teknologi kulinari, TT360 2026 turut menampilkan inovasi Trak Makanan Kenderaan Elektrik (EV) bagi menunjukkan bagaimana kenderaan berkuasa bateri boleh menyokong operasi perniagaan F&B bergerak secara lebih lestari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN