PRN Melaka: Johari iringi calon BN di DUN Ayer Molek

PRN Melaka: Johari iringi calon BN di DUN Ayer Molek

JOHARI Abdul Ghani (tengah) bersama calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali di DUN Ayer Molek, Melaka, hari ini. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali ke Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, di Kompleks JAPERUN Ayer Molek, di sini.

Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri tiba kira-kira pukul 8.30 pagi bersama ratusan penyokong BN.

DUN Ayer Molek dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Ridhwan yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Hakimin Mokhtar yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerusi DUN berkenaan mempunyai seramai 24,600 pengundi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mohd Ridhwan pernah bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, namun tewas kepada Pengarah Komunikasi PKR merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini