Mohon sokongan semua, mahu keadilan untuk anak saya - bapa Irene Sofiya - Utusan Malaysia

Mohon sokongan semua, mahu keadilan untuk anak saya – bapa Irene Sofiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Bapa kepada pelajar perempuan yang ditemui meninggal dunia, Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal merayu sokongan ramai serta pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan atas tragedi menimpa anak tunggalnya itu.

Mohd. Khairool Faisal Khyar, 42, berkata, pihaknya mewakili ahli keluarga lain mengharapkan siasatan dan penyelesaian terhadap kes berkenaan dapat dicapai dalam masa terdekat.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua, kami berharap sokongan semua untuk menegakkan keadilan bagi anak saya, arwah anak saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu sahaja yang kami harapkan,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengkebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini malam ini.

Tambah jurutera tersebut, dia mendapat perkhabaran tentang perkara itu daripada kakaknya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, pada pukul 6 petang semalam.

“Ketika itu saya sedang bekerja di Kuala Lumpur. Kali terakhir bertemu dengannya adalah dua minggu lalu, dia juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika itu.

“Dia ceria seperti biasa, dia jalani kehidupan dan seronok belajar. Yang lain-lain dia tidak menunjukkan apa-apa,” katanya.

Pada masa sama, dia turut berharap mana-mana pihak yang menyebarkan spekulasi tidak tepat tentang kejadian menimpa anaknya itu.

“Alhamdulillah, urusan hari ini semuanya dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang membantu. Saya juga berharap spekulasi yang tidak wajar di media sosial dapat dihentikan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN