Lawan China jadi serampang dua mata

Lawan China jadi serampang dua mata

TAN Cheng Hoe. - IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi menentang China dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan bakal menjadi serampang dua mata buat pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain memburu mata ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), dua aksi menentang China itu bakal menjadi pentas untuk Cheng Hoe membentuk skuad kebangsaan mengikut acuannya pada tahun depan.

Menurut Cheng Hoe, keputusan memilih aksi persahabatan di Guangzhou adalah satu langkah positif kerana China mampu memberikan ujian berkualiti berdasarkan kekuatan dan pengalaman mereka di pentas Asia.

“Bagi saya, ini satu perancangan yang baik daripada pihak pengurusan, kita tahu China merupakan satu pasukan yang layak ke Piala Asia dan mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

“Ia satu persediaan untuk pasukan (Malaysia) bagi masa depan. Kita mengharapkan dua perlawanan tersebut mampu memberi peluang kepada kita memilih pemain-pemain untuk masa akan datang,” kata Cheng Hoe.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan Harimau Malaya dijadualkan menentang China dalam dua aksi persahabatan Tier 1 di Guangzhou pada 14 dan 17 November ini.

Ab Ghani berkata, dua perlawanan itu penting dalam usaha skuad negara mengumpul mata ranking dunia selain memburu kedudukan balang undian lebih baik bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2032.

Untuk rekod, Malaysia ketika ini menghuni ranking FIFA ke-136 dunia, manakala China berada di kedudukan ke-91.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Malaysia dan China terikat 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu pada September 2023.

Dua aksi di Guangzhou itu dijangka menjadi antara ujian penting buat Harimau Malaya selepas kempen Piala ASEAN FIFA 2026, selain memberi peluang kepada Cheng Hoe menilai pilihan yang ada untuk perancangan skuad negara selepas ini. – UTUSAN

KAPSYEN

 

TAN CHENG HOE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN