Indonesia bongkar rangkaian rekrut militan dalam talian

Indonesia bongkar rangkaian rekrut militan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis antikeganasan Indonesia menahan 11 individu disyaki militan di enam wilayah, sekali gus membongkar rangkaian merekrut anggota dan latihan senjata secara dalam talian.

Penahanan tersebut bermula pada 2 Oktober dan dijalankan di Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara, menurut unti antikeganasan polis, Densus 88, dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Densus 88 tidak mendedahkan bukti mengenai sebarang rancangan serangan khusus, sebaliknya berkata suspek terbabit dalam pelbagai peringkat penyelarasan, pengambilan anggota dan latihan di beberapa wilayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi secara serentak itu dijalankan ketika Asia Tenggara berdepan gelombang baharu ekstremisme dalam kalangan golongan muda.

Penahanan berkenaan juga berlaku ketika Indonesia memasuki tahun keempat tanpa sebarang serangan pengganas, susulan usaha berterusan pihak berkuasa untuk melumpuhkan rangkaian militan.

Namun, pihak berkuasa memberi amaran kumpulan ekstremis masih aktif merekrut anggota, mengumpul dana dan menyebarkan propaganda, khususnya menerusi platform digital.

ADS:D

Jurucakap Densus 88, Mayndra Eka Wardhana, berkata kesemua suspek berusia antara 22 hingga 52 tahun dan dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian yang bersekutu dengan Daulah Islamiyah.

Istilah Daulah Islamiyah digunakan secara meluas di Indonesia bagi merujuk kepada Negara Islam (ISIS) dan ideologinya, selain rangkaian pengganas lain.

Menurut Mayndra, peranan suspek yang didakwa terbabit termasuk mengukuhkan rangkaian, menjalankan latihan, menyebarkan propaganda serta merekrut penyokong secara bersemuka dan menerusi media sosial.

Sebahagian daripada mereka turut disyaki terbabit dalam komplot untuk melakukan kesalahan berkaitan keganasan, katanya.

Siasatan awal mendapati terdapat hubungan antara suspek di beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk menerusi pertemuan dalam talian yang digunakan untuk proses indoktrinasi, mengukuhkan rangkaian dan menjalankan kegiatan lain.

“Salah satu corak yang dikenal pasti ialah penganjuran pertemuan dalam talian yang menghubungkan beberapa penyokong Daulah Islamiyah dari pelbagai wilayah,” kata Mayndra.

Penyiasat turut menemui petunjuk sebahagian suspek pernah menyertai latihan berkaitan kegiatan militan, termasuk latihan menembak.

Bagaimanapun, Densus 88 tidak mendedahkan lokasi latihan berkenaan atau sama ada sebarang senjata dirampas.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN