PETALING JAYA: Pelumba e-racing negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
Taj Izrin muncul juara acara Gran Turismo 7 di Aichi Sky Expo selepas mengumpul 36 mata keseluruhan daripada tiga perlumbaan.
Perak menjadi milik wakil Arab Saudi, Naif Abdulhakim Alfaleh manakala wakil Korea Selatan, Kim Young Chan meraih gangsa.
Emas tersebut merupakan pingat emas kedua Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. – UTUSAN











