Remaja Indonesia jaga stor ditahan, dadah RM1.29 juta dirampas - Utusan Malaysia

Remaja Indonesia jaga stor ditahan, dadah RM1.29 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai penjaga stor bekalan dadah ditahan menerusi serbuan dijalankan Polis Johor terhadap sebuah rumah teres di Taman Lian Seng, Kluang, 13 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, remaja berusia 18 tahun itu ditahan susulan penemuan dadah bernilai RM1.29 juta di premis berkenaan.

“Antara dadah ditemukan termasuk lapan peket plastik mengandungi dadah syabu seberat 8.11 kilogram (kg) dan 38 peket plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 17.84 kg.

“Siasatan terhadap suspek mendapati dia memasuki negara ini secara sah tahun lalu menggunakan pas lawatan sosial, namun dipercayai telah tinggal lebih masa di negara ini dan bekerja sebagai penjaga stor sindiket dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, pihaknya sedang memburu beberapa ahli sindiket yang dikenal pasti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Ujian urin mendapati suspek negatif penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 20 September depan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×