Remaja dakwa dirogol selepas dipaksa hisap vape 

Remaja dakwa dirogol selepas dipaksa hisap vape 

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mendakwa dirogol di sebuah residensi di sini pada Sabtu lalu selepas tidak sedarkan diri akibat dipaksa menghisap rokok elektronik (vape) oleh seorang lelaki.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5 pagi. 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, mangsa mendakwa dipaksa suspek menghisap vape sebelum tidak sedarkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia hanya tersedar kira-kira pukul 7 pagi dan mendapati tidak berpakaian.

“Mangsa turut mengalami kesakitan pada bahagian kemaluan dan mengesyaki dirogol suspek,” katanya di sini hari ini.

Susulan itu, Chang Hook berkata, pihaknya sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×