Pengguna media sosial turut pilu kepulangan jenazah Dr. Ainul

Pengguna media sosial turut pilu kepulangan jenazah Dr. Ainul

DR. AINUL BARAAH KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepulangan jenazah Pegawai Perubatan, Dr. Ainul Baraah Kamaruddin ke Kota Bharu hari ini bukan sahaja dinanti keluarga, malah mengundang rasa pilu dan simpati pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, baru-baru ini.

Tinjauan di platform media sosial Threads mendapati rata-rata pengguna menzahirkan ucapan takziah selain mendoakan urusan pengebumian Allahyarhamah dipermudahkan.

Perkongsian mengenai kepulangan jenazah Dr. Ainul Baraah yang selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu menaiki pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut mendapat perhatian ramai.

“Jenazah Allahyarhamah Dr. Ainul Baraah selamat tiba di Kota Bharu menggunakan pesawat TUDM,” tulis seorang pengguna dalam satu hantaran.

Menurut hantaran itu, jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Al-Karomah Baung, Pengkalan Chepa bagi membolehkan solat jenazah disempurnakan selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Kedeper, Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Pengguna media sosial lain turut menzahirkan rasa bangga dan penghormatan terhadap pengorbanan Allahyarhamah serta empat mangsa lain yang terkorban ketika menjalankan tugas demi memberikan khidmat kesihatan kepada masyarakat di pedalaman.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan helikopter jenis BO-105 bernombor pendaftaran 9M-LLF yang membawa seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan terhempas berhampiran penghujung landasan Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Jarak Pendek Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Lima mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq; Dr. Ainul Baraah; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×