Tujuh maut, 19 cedera dalam rempuhan kuil di India

Tujuh maut, 19 cedera dalam rempuhan kuil di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 19 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Kuil Ashok Dham, daerah Lakhisarai, Bihar, India pada Isnin.

Kejadian berlaku ketika ribuan penganut Hindu berkumpul di kuil berkenaan untuk menunaikan penghormatan kepada dewa Shiva.

Pegawai daerah Lakhisarai, Shailendra Kumar, berkata rempuhan tercetus selepas tersebar khabar angin sebatang tiang elektrik tumbang menimpa penganut di dalam kawasan kuil.

“Keadaan kini terkawal,” katanya kepada AFP sambil mengesahkan jumlah korban.

Kumar berkata, 19 mangsa lain sedang menerima rawatan di hospital.

Ketua Menteri Bihar, Samrat Choudhary, menyifatkan kejadian itu sebagai ‘menyayat hati’ dan mengumumkan pampasan sebanyak 400,000 rupee (RM17,043) kepada keluarga setiap mangsa.

Kejadian itu menambah siri tragedi rempuhan maut yang sering berlaku ketika perhimpunan besar dan acara keagamaan di India, antaranya akibat kelemahan pengurusan orang ramai.

November tahun lalu, sembilan orang maut dalam rempuhan di sebuah kuil di Andhra Pradesh, manakala satu lagi kejadian pada perhimpunan politik di Tamil Nadu meragut 36 nyawa.

Pada 2024, sebanyak 120 orang maut dalam salah satu tragedi rempuhan terburuk di India dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika menghadiri ceramah keagamaan di Uttar Pradesh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×