Qatar sokong koridor perkapalan sementara Selat Hormuz

Qatar sokong koridor perkapalan sementara Selat Hormuz

KAPAL-kapal yang membawa bekalan minyak dan gas ali melalui Selat Hormuz yang dikawal oleh Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Qatar menyokong cadangan Oman dan Iran untuk mewujudkan koridor perkapalan sementara bersama melalui Selat Hormuz serta menjalankan operasi pembersihan periuk api di laluan perairan strategik itu.

Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, membincangkan cadangan berkenaan dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menerusi panggilan telefon pada Selasa, menurut Kementerian Luar Qatar.

Kedua-dua pihak turut membincangkan perkembangan terkini di Asia Barat, termasuk rundingan berterusan antara Oman dan Iran mengenai rangka kerja sementara bagi menjamin kelancaran pelayaran melalui Selat Hormuz.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sheikh Mohammed menegaskan sokongan Qatar terhadap “semua usaha diplomatik” bagi mencapai penyelesaian yang menjamin kebebasan pelayaran serta membuka jalan kepada perjanjian menyeluruh dan keamanan berkekalan di rantau itu.

Semalam, Oman dan Iran mengumumkan persetujuan terhadap cadangan rangka kerja sementara bagi mewujudkan koridor perkapalan bersama dan melaksanakan operasi pembersihan periuk api di Selat Hormuz.

Cadangan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama selepas pertemuan Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi, dengan Araghchi di Teheran, menurut Kementerian Luar Oman.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini