Jiran Iran mahu aturan keselamatan baharu, perkukuh kerjasama ekonomi

Jiran Iran mahu aturan keselamatan baharu, perkukuh kerjasama ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menerima banyak mesej daripada negara-negara jiran berhubung usaha membentuk aturan keselamatan baharu dan memperkukuh kerjasama ekonomi di rantau itu, kata Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Qalibaf.

Beliau berkata, perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) mengancam untuk mengenakan sekatan baharu terhadap Teheran.

“Kami menerima banyak mesej daripada negara-negara jiran mengenai pembentukan aturan keselamatan baharu dan kerjasama ekonomi di rantau ini,” katanya menerusi platform media sosial X pada Sabtu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Qalibaf turut menuduh Washington mengancam keselamatan sekutunya sendiri menerusi tindakan yang menurutnya bersifat membuli serta mengabaikan kepentingan negara berkenaan demi Israel.

“Aturan yang dibangunkan sendiri dan bebas adalah perkara yang sebenarnya akan membawa keamanan dan keselamatan,” katanya.

Rabu lalu, Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan hasrat melancarkan ‘operasi ekonomi paling menghancurkan yang pernah dikenakan terhadap mana-mana negara’ terhadap Iran.

Trump turut menyifatkan kempen tekanan maksimum Washington terhadap Teheran sebagai Perang Ekonomi dan Pengasingan pada skala yang belum pernah berlaku.

Iran dan AS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Jun menerusi pengantaraan Pakistan dan Qatar, sekali gus menamatkan permusuhan dan membuka ruang 60 hari untuk rundingan bagi mencapai perjanjian muktamad.

Bagaimanapun, rundingan itu terhenti susulan pertikaian mengenai pelaksanaan MoU berkenaan serta aturan pelayaran melalui Selat Hormuz, laluan strategik bagi eksport minyak dan gas dunia.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini