Jambatan baharu China-Korea Utara hampir dibuka

Jambatan baharu China-Korea Utara hampir dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China dan Korea Utara dijangka membuka sebuah jambatan baharu yang menghubungkan kedua-dua negara, selepas kemudahan kastam di Sinuiju, Korea Utara, dilihat berhampiran jambatan berkenaan pada Selasa.

Bangunan yang tertera tulisan ‘Kastam Sinuiju’ pada dinding luar itu terletak berhampiran Jambatan Sungai Yalu Baharu, yang siap dibina pada 2014 tetapi belum dibuka kepada orang ramai.

Menurut Kyodo News, pembinaan kemudahan kastam berkenaan bermula pada awal 2025, manakala bangunan kastam baharu di sebelah China telah pun siap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persiapan itu dilihat ketika hubungan China dan Korea Utara menunjukkan perkembangan positif, termasuk peningkatan kunjungan peringkat tinggi serta penyambungan semula perkhidmatan kereta api penumpang antara kedua-dua negara.

Pembukaan jambatan itu dijangka meningkatkan perdagangan dua hala dan hubungan antara rakyat China-Korea Utara.

Pembinaan jambatan berkenaan bermula pada 2010 selepas China dan Korea Utara bersetuju membinanya pada 2009 ketika Perdana Menteri China ketika itu, Wen Jiabao, mengunjungi Pyongyang.

Jambatan Persahabatan China-Korea yang dibina Jepun ketika Perang China-Jepun Kedua terletak di bahagian hulu jambatan baharu itu dan menghubungkan kedua-dua negara melalui landasan kereta api serta jalan raya satu lorong.

Jambatan baharu itu mempunyai dua lorong bagi setiap arah.

Sebab pembukaan jambatan berkenaan tertangguh lebih sedekad sejak siap dibina masih belum diketahui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini