PETALING JAYA: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 melanda kawasan Temenggor, Gerik di Perak pada pukul 12.06 tengah malam tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi berkenaan dikesan kira-kira sembilan kilometer di timur laut Hulu Perak.
Memuatkan artikel berkaitan…
Gegaran dilaporkan dapat dirasai di beberapa kawasan sekitar Gerik.
Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan susulan kejadian tersebut.
“MetMalaysia akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perkembangan lanjut,” katanya. –UTUSAN











