Bedah siasat empat sekeluarga maut selesai hari ini

Bedah siasat empat sekeluarga maut selesai hari ini

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap empat sekeluarga yang maut dalam kejadian di sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong di sini semalam, dijangka selesai hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati, beberapa individu terdiri daripada lelaki dan wanita yang dipercayai saudara-mara mangsa hadir ke Jabatan Forensik bagi mengenal pasti mayat.

Ahli keluarga mangsa berada di Jabatan Forensik selama 42 minit sebelum beredar pada pukul 12.48 tengah hari tadi
Mereka enggan memberikan sebarang komen atau menjawab pertanyaan dan segera menaiki kenderaan dan beredar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa mengesahkan bahawa bedah siasat ke atas keempat-empat mangsa sedang dijalankan dan dijangka selesai hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini