PRN Johor: 3,565 anggota PDRM pastikan kelancaran undi awal - Utusan Malaysia

PRN Johor: 3,565 anggota PDRM pastikan kelancaran undi awal

AB. Rahaman Arsad pada sidang akhbar di IPK Johor di Johor Bahru hari ini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menggerakkan seramai 3,565 petugas bagi memastikan kelancaran proses Hari Pengundian Awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung esok

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, ia merangkumi 647 pegawai, 2,806 anggota dan 112 pegawai awam yang kini berada pada tahap kesiapsiagaan sepenuhnya bagi memikul tanggungjawab tersebut.

Menurutnya, penugasan tersebut melibatkan kawalan keselamatan di pusat mengundi awal, pengiringan peti undi, kawalan lalu lintas, rondaan pencegahan jenayah, serta pemantauan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri.

“Proses pengundian awal ini akan melibatkan 64 pusat mengundi yang terdiri daripada 53 pusat mengundi awal PDRM dan 11 pusat mengundi awal Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Bagi PRN Johor kali ini, seramai 12,710 pengundi awal PDRM telah berdaftar, dengan 12,067 daripadanya akan mengundi secara fizikal di pusat mengundi esok, manakala 643 lagi adalah pengundi pos,” katanya dalam kenyataan.

Ab. Rahaman turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi atau melanggar undang-undang sepanjang proses demokrasi ini berlangsung.

“Tindakan tegas, adil dan berintegriti akan diambil tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pelaku jenayah atau pelanggaran undang-undang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus mematuhi peraturan yang ditetapkan, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama penuh kepada petugas di lapangan bagi memastikan PRN Johor ke-16 berjalan dalam suasana aman, selamat dan teratur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN