Pemilik akaun Facebook hina Allah, Nabi Muhammad ditahan - Utusan Malaysia

Pemilik akaun Facebook hina Allah, Nabi Muhammad ditahan

AB. RAHAMAN ARSAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemilik akaun Facebook bernama ‘Parthiban Ragu’ yang dipercayai memuat naik hantaran mengandungi unsur hasutan dan menghina Agama Islam menggunakan ungkapan bersifat jelik dan lucah telah ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan sekitar Iskandar Puteri, dekat sini pada pukul 1 pagi, hari ini.

“Semalam, Polis Johor telah terima satu laporan pada pukul 12.38 pagi daripada seorang lelaki tempatan berhubung hantaran tular di Facebook dimuat naik pemilik akaun bernama Fadzil Zahari.

“Berdasarkan semakan, pemilik akaun tersebut berkongsi beberapa gambar tangkap layar dimuat naik pemilik akaun ‘Parthiban Ragu’ yang menghina Islam menggunakan ungkapan bersifat jelik dan lucah terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan. Polis turut merampas dua buah telefon bimbit milik suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN