Marsch tetap bangga walau Kanada tersingkir

Marsch tetap bangga walau Kanada tersingkir

JESSE Marsch-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Pengendali Kanada, Jesse Marsch, tetap berbangga dengan semangat juang dipamerkan anak buahnya meskipun langkah mereka terhenti di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas tewas 0-3 kepada Maghribi, di Stadium Houston, awal pagi tadi.

Menurut Marsch, pencapaian mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah serta meraih dua kemenangan pada edisi kali ini sudah membuktikan bola sepak Kanada berada di landasan tepat untuk terus berkembang.

Katanya, sebelum kejohanan bermula, sasaran utama pasukan hanyalah untuk melepasi peringkat kumpulan dan pencapaian itu sepatutnya diraikan.

“Jika sebelum kejohanan ada yang memberitahu kami akan mara ke pusingan 16 terbaik, saya pasti menerimanya dengan gembira.

“Malah, jika sebelum perlawanan ini ada yang mengatakan kami akan bermain seperti ini, saya juga yakin kami mempunyai peluang besar untuk menang,” katanya.

Kanada tampil lebih dominan sepanjang babak pertama dan terus mengasak sebaik aksi bersambung, namun ketumpulan penyudah menyebabkan mereka gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik.

Sebaliknya, Maghribi mempamerkan penyudah lebih berkesan apabila Azzedine Ounahi meledak dua gol sebelum Soufiane Rahimi melengkapkan kemenangan bergaya 3-0.

Marsch mengakui keputusan itu mengecewakan, namun percaya corak permainan dipamerkan membuktikan Kanada mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.

“Kami menguasai separuh masa pertama sepenuhnya. Pada awal babak kedua juga kami lebih agresif dan lebih hampir menjaringkan gol.

“Cara kami memberi tekanan, menguasai permainan dan kualiti yang dipamerkan menunjukkan kami sebenarnya pasukan yang lebih baik. Pada hari yang lain, mungkin keputusan akan memihak kepada kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN