KSN arah isu perkhidmatan PPUM diselesaikan segera

KSN arah isu perkhidmatan PPUM diselesaikan segera

SHAMSUL Azri Abu Bakar sewaktu melakukan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung isu perkhidmatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - Sumber FB SHAMSUL Azri Abu Bakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan tindakan segera diambil bagi menyelesaikan isu perkhidmatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Shamsul Azri berkata, isu kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Madani. Oleh itu beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, pertemuan pada pagi tadi turut disertai oleh Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan pasukan pentadbiran PPUM untuk membincangkan isu perkhidmatan kritikal di PPUM.

“PPUM adalah merupakan sebuah hospital pengajar. Justeru perkhidmatannya adalah bersesuaian dengan kapasiti dan keupayaannya sebagai hospital pengajar.

“Perbincangan memfokuskan kepada isu dasar berasaskan aduan rakyat seperti isu berkaitan tempoh menunggu yang lama, perkhidmatan klinikal yang mencabar serta sumber tenaga mahir dan kepakaran.

“Saya telah mengarahkan agar tindakan segera diambil dalam keputusan-keputusan yang dibuat dalam perbincangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN