Korban gempa bumi Venezuela cecah 5,069

Korban gempa bumi Venezuela cecah 5,069

PEMANDANGAN udara bangunan yang runtuh akibat gempa bumi berkembar di Caraballeda. .- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Lebih 5,000 orang disahkan maut akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Venezuela bulan lalu, menurut Ketua Perhimpunan Kebangsaan negara itu, Jorge Rodriguez, pada Jumaat.

Rodriguez berkata, jumlah korban kini mencecah 5,069 orang, dengan kebanyakan kematian direkodkan di negeri pesisir pantai La Guaira, kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana berkenaan.

Dua gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud itu berlaku hanya dalam tempoh seminit pada 24 Jun, sekali gus menyebabkan kemusnahan besar di La Guaira yang terletak di utara ibu negara, Caracas.

Beliau berkata, jumlah mangsa yang cedera kekal 16,740 orang, dan kebanyakan mereka telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Sementara itu, kira-kira 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal masih berlindung di pusat pemindahan sementara yang sesak.

Menurut pihak berkuasa, banyak pusat perlindungan berkenaan berdepan kekurangan bekalan air bersih dan kemudahan sanitasi yang sempurna, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan mangsa yang dipindahkan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN