Kanak-kanak cedera terkena serpihan peluru berpandu di Qatar

Kanak-kanak cedera terkena serpihan peluru berpandu di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Qatar hari ini memaklumkan tenteranya berjaya memintas serangan peluru berpandu, namun serpihan daripada senjata itu mencederakan seorang kanak-kanak.

“Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa angkatan bersenjata memintas serangan peluru berpandu yang menyasarkan Negara Qatar,” menurut kenyataan kementerian itu di platform X.

Kementerian Dalam Negeri Qatar kemudian melaporkan seorang kanak-kanak cedera akibat serpihan yang jatuh selepas operasi pemintasan berkenaan.

Iran sebelum ini menyasarkan beberapa negara Teluk sejak permusuhan dengan Amerika Syarikat (AS) kembali tercetus pada 7 Julai, dengan mendakwa serangan itu menyasarkan kemudahan ketenteraan Amerika.

Qatar, yang berperanan sebagai pengantara dalam rundingan bersama AS dengan sokongan Pakistan serta menjadi lokasi pangkalan tentera Amerika terbesar di Asia Barat, menjadi sasaran buat kali pertama sejak gencatan senjata April lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN