Amaran angin burukkan kebakaran hutan Madrid

Amaran angin burukkan kebakaran hutan Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Tiupan angin yang tidak menentu dijangka menyukarkan usaha anggota bomba mengawal kebakaran hutan berhampiran Madrid hari ini, ketika pihak berkuasa memberi amaran api berisiko terus merebak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kebakaran di kawasan luar bandar yang kering kontang itu memaksa kira-kira 63,000 penduduk meninggalkan kediaman atau berlindung di dalam rumah, dalam kejadian kebakaran paling buruk pernah melanda wilayah berkenaan.

Wakil kerajaan pusat di Madrid, Francisco Martin, berkata penurunan suhu, kelajuan angin yang semakin reda dan peningkatan kelembapan pada Jumaat memberi peluang lebih baik untuk mengawal kebakaran.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan dijangka kembali mencabar pada Sabtu apabila angin diramal bertiup lebih kencang dengan tiupan yang tidak menentu, sekali gus berpotensi mempercepatkan kebakaran merebak.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Kecemasan Kerajaan Wilayah Madrid, Carlos Novillo, berkata kebakaran kini berada pada tahap paling kritikal dan di luar keupayaan anggota bomba untuk mengawalnya.

Dua kebakaran berasingan bergabung pada Jumaat menjadi satu kebakaran besar yang hampir bercantum dengan satu lagi kebakaran di wilayah berjiran, Castilla y Leon.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, dijadual menghadiri mesyuarat perancangan kecemasan di Cenicientos, sebuah perkampungan yang menjadi antara kawasan paling terjejas akibat kebakaran, sebelum mengadakan sidang media.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN