TAIPEI: Institut pembangunan senjata utama tentera Taiwan hari ini mempamerkan tiga anjing robot peronda yang berpotensi digunakan di pulau-pulau milik Taiwan di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian. Taiwan, yang ditadbir secara demokrasi namun dituntut oleh Beijing sebagai sebahagian daripada wilayahnya, sedang giat memodenkan angkatan tenteranya bagi memperkukuh keupayaan mengekang ancaman China, dengan teknologi dron menjadi antara fokus utama Kementerian Pertahanan. Dalam satu acara media di kementerian tersebut, Institut Sains…










