Kekalahan yang kejam-Christiansen

Kekalahan yang kejam-Christiansen

THOMAS Christiansen(kanan) mengakui sukar menerima kekalahan kepada Ghana selepas skuadnya mendominasi permainan dari minit awal-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Pengendali Panama, Thomas Christiansen menyifatkan kekalahan kepada Ghana itu “terlalu kejam” selepas anak buahnya tampil dominan terutama pada babak pertama, namun gagal menyempurnakan deretan peluang yang terhidang.

Hasrat Panama untuk membuka kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan musnah di saat akhir apabila tumpas 0-1 kepada Ghana dalam aksi Kumpulan L di Toronto, awal pagi tadi.

“Kami sepatutnya membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata. Separuh masa pertama jelas milik kami, kami kawal permainan dan cipta banyak peluang,” katanya.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila Ghana menghukum kelalaian Panama dengan gol lewat minit ke-95 menerusi Caleb Yirenkyi, sekali gus memadam harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Christiansen mengakui kekalahan saat akhir itu sukar diterima, namun menegaskan pasukan perlu segera bangkit bagi menghidupkan peluang dalam kumpulan ‘maut’ yang turut membabitkan England dan Croatia.

“Kami masih ada dua perlawanan sukar. Kami tahu cabaran menanti, tetapi kami akan terus berjuang hingga wisel penamat,” tegasnya.

Panama kini berdepan tugas getir untuk memburu kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan Piala Dunia mereka, dengan aksi seterusnya menentang Croatia menjadi pertembungan wajib menang jika mahu terus bernyawa dalam saingan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN