Irfan perbaharui rekod kebangsaan

Irfan perbaharui rekod kebangsaan

Irfan Shamsuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamshuddin mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balaton Bajnoksag dekat Veszprem, Hungary, semalam.

Kejayaan tersebut hadir selepas atlet berusia 30 tahun itu melakukan lemparan sejauh 62.87 meter (m) sekali gus memadam pencapaiannya sebelum ini, 62.55m yang dilakukannya di Union Leichtathletik Gala, Austria pada 25 Mei 2017.

Pingat perak dan gangsa dimenangi wakil dari Hungary, Zalan Strigencz dan Zsombor Takacs selepas masing-masing melakukan catatan 53.84m dan 51.31m.

Irfan kini berada di tahap terbaik apabila sebelum ini dia meraih gangsa dalam satu kejohanan di Austria, awal bulan ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN