Conceicao pertahan Ronaldo, nafi pemain Portugal tertekan

Conceicao pertahan Ronaldo, nafi pemain Portugal tertekan

Francisco Conceicao (kanan) bersama Cristiano Ronal (dua dari kanan) menjalani latihan pasukan bagi menghadapi Uzbekistan, esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pemain sayap Portugal, Francisco Conceicao menegaskan rakan sepasukannya tidak berasa tertekan untuk sentiasa menghantar bola kepada Cristiano Ronaldo meskipun kapten berpengalaman itu terus menjadi tumpuan selepas aksi hambar pasukan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Menurut Conceicao, setiap pemain akan membuat keputusan berdasarkan situasi permainan dan bukan semata-mata untuk memastikan Ronaldo menerima hantaran.

“Kami tidak merasakan perlu untuk sentiasa menghantar bola kepadanya. Saya akan memberikan bola kepada sesiapa yang berada dalam kedudukan terbaik dan tidak dikawal lawan,” katanya dalam sidang media, semalam.

Kenyataan itu hadir susulan kritikan yang mempersoalkan sama ada faktor usia serta pergerakan Ronaldo yang kini berusia 41 tahun menjejaskan corak permainan Portugal selepas sekadar seri 1-1 dengan Republik Demokratik Congo dalam aksi pertama mereka.

Bagaimanapun, Conceicao menegaskan Ronaldo tetap memainkan peranan penting dalam skuad dan dianggap sebagai salah seorang anggota pasukan yang sentiasa memberi sumbangan kepada kejayaan bersama.

“Cristiano merupakan contoh terbaik berdasarkan perjalanan kariernya serta semangat yang masih dimilikinya pada usia 41 tahun. Dia menunjukkan kepimpinan yang baik dan sentiasa menjaringkan gol.

“Tiada siapa yang dapat menandingi keupayaannya dalam menjaringkan gol. Dia berada di sini untuk membantu pasukan, sama seperti pemain lain,” katanya.

Portugal kini mengalihkan fokus kepada perlawanan kedua Kumpulan K menentang Uzbekistan di Houston, esok, dengan misi meraih kemenangan pertama kejohanan.

Conceicao mengakui keputusan seri dalam aksi pembukaan bukan sesuatu yang memuaskan dan pasukan sedar mereka perlu segera memperbaiki prestasi.

“Tiada siapa yang lebih kecewa daripada kami. Kami sendiri merasakan tidak melaksanakan tugas sebaik mungkin.

“Jika keputusan tidak memihak kepada kami, sudah tentu tekanan dan kritikan akan meningkat. Kami mahu membuktikan kemampuan sebenar serta memenangi perlawanan seterusnya,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN