Antonelli setia bersama Mercedes

Antonelli setia bersama Mercedes

Kimi Antonelli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAENZA: Pelumba Formula Satu (F1), Kimi Antonelli mengakui dia masih setia dengan Mercedes meskipun namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Ferrari.

Pelumba berusia 19 tahun itu yang kini mendahului kedudukan Kejuaraan Dunia F1 2026 mengakui Ferrari memiliki sejarah dan pengaruh besar dalam sukan permotoran.

Bagaimanapun, Antonelli menegaskan fokus utamanya adalah membawa Mercedes terus mencipta kejayaan pada musim ini tanpa dipengaruhi gosip-gosip perpindahan.

“Ferrari adalah pasukan hebat dan sebahagian daripada sejarah sukan ini, tetapi saya adalah pemandu Mercedes.

“Matlamat saya adalah untuk menang bersama Mercedes kerana pasukan ini sudah memberi peluang dan kepercayaan kepada saya sejak usia muda,” katanya.

Antonelli mencuri perhatian dunia selepas meraih kemenangan keempat berturut-turut pada Grand Prix Kanada, sekali gus melebarkan jurang kepada 43 mata di hadapan rakan sepasukannya, George Russell.

Lebih manis, kejayaan tersebut menyaksikan beliau mencipta sejarah sebagai pelumba pertama dalam Formula Satu yang memenangi empat perlumbaan pertama kariernya secara berturut-turut.

Prestasi menakjubkan itu mencetuskan spekulasi bahawa Ferrari sedang memantau rapat perkembangan pelumba muda Itali tersebut bagi memperkukuhkan pasukan pada masa depan.

Bagaimanapun, Antonelli memilih untuk tidak melayan spekulasi berkenaan dan mahu terus memberi tumpuan penuh kepada kempen memburu gelaran dunia pertamanya bersama Mercedes.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN