SAR kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas diteruskan

SAR kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kamnak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri hanyut selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras masih diteruskan pagi ini.

Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 7.08 malam tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang selepas cuba mengambil bola.

“Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola.

“Ketika kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa disyaki dihanyutkan arus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi SAR masih dijalankan bagi mengesan mangsa dengan tumpuan pencarian di sekitar laluan longkang dan kawasan berhampiran.

Katanya, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor turut digerakkan bagi membantu operasi pencarian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN