PORTO: Porto FC mengesahkan kejuaraan Liga Portugal musim ini dengan berbaki dua perlawanan selepas menewaskan Alverca 1-0, semalam.
Kemenangan tipis itu membolehkan Porto mengumpul kelebihan sembilan mata di hadapan pencabar terdekat, Benfica yang sekadar seri 2-2 menentang Famalicao.
Jaringan tunggal perlawanan hadir menerusi tandukan Jan Bednarek pada minit ke-40 hasil sepakan penjuru, sekali gus memastikan tiga mata berharga buat Porto.
Kejuaraan itu merupakan yang ke-31 buat Porto, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara kelab paling berjaya di Portugal, di belakang Benfica yang memiliki 38 gelaran.










