PM teruskan agenda rasmi ASEAN di Cebu hari ini

PM teruskan agenda rasmi ASEAN di Cebu hari ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Sei Anwar Ibrahim meneruskan agenda rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 hari ini dengan menghadiri beberapa sesi utama melibatkan pemimpin negara anggota di Cebu, Filipina.

Antara acara utama ialah majlis sambutan rasmi ketibaan pemimpin ASEAN sebelum menghadiri upacara pembukaan sidang kemuncak berkenaan.

Anwar turut dijadual menghadiri sesi plenari yang menghimpunkan pemimpin negara anggota bagi membincangkan isu strategik serantau termasuk kerjasama ekonomi, keselamatan dan cabaran geopolitik semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga dijadual menyertai sesi pemukiman pemimpin ASEAN pada tengah hari.

Dalam masa sama, Anwar turut dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dua hala bersama pemimpin serantau bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik Malaysia dengan negara anggota.

Antara pertemuan yang dijadual berlangsung termasuk mesyuarat dua hala bersama Thailand diikuti Kemboja sebelum satu lagi sesi bersama Vietnam pada pukul 4.20 petang.

Anwar turut dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 4.40 petang bagi merumuskan pendirian serta penglibatan Malaysia sepanjang sidang kemuncak kali ini.

Selepas itu, beliau akan menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. bersama pemimpin ASEAN dan delegasi negara anggota.

Anwar dijangka berlepas pulang ke tanah air malam ini.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 berlangsung dalam suasana rantau yang berdepan pelbagai cabaran global termasuk ketidaktentuan ekonomi, keselamatan serantau dan perkembangan geopolitik yang memerlukan pendekatan bersama dalam kalangan negara anggota ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini