Lelaki jatuh longkang sedalam 8 meter

Lelaki jatuh longkang sedalam 8 meter

SEORANG lelaki tempatan diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam longkang di sebuah restoran di Jalan PG1A, Taman Pinggiran Batu Caves, Selangor. - IHSAN JBPM SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan cedera ringan selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tujuh hingga lapan meter di sebuah restoran di Jalan PG1A, Taman Pinggiran Batu Caves di sini, semalam.

Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 7.43 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira 12 minit kemudian.

“Mangsa berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan ringan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN