JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja kontraktor yang tular melanggar seekor anjing dalam satu kejadian di kawasan Puteri Wangsa di sini, Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, individu yang terlibat merupakan pekerja kepada kontraktor dilantik bagi melaksanakan operasi penghapusan kacau ganggu anjing liar di daerah ini. Beliau berkata, MBJB telah menjalankan siasatan dalaman dan…









