KRW FC yakin menangi baki dua perlawanan Liga A1 Semi Pro

KRW FC yakin menangi baki dua perlawanan Liga A1 Semi Pro

IRFAN Bakti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) berada dalam kondisi dan prestasi terbaik, serta berkeyakinan dapat menghabiskan baki dua perlawanan Liga A1 Semi Pro dengan kemenangan apabila beraksi di gelanggang keramat mereka.

Ketua Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, skuad kendaliannya menjalani latihan harian seperti biasa dengan semangat pemain kini berada pada tahap terbaik.

“Persiapan kami seperti biasa, dengan semangat dan moral pemain begitu baik sekali. Saya rasa kita akan mendapat kemenangan pada kedua-dua perlawanan terakhir nanti.

“Pemain-pemain juga telah menjalani beberapa sesi latihan intensif sepanjang minggu ini bagi memastikan aspek fizikal, taktikal dan mental berada pada tahap terbaik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

KRW FC bakal menentang Imigresen FC II pada 17 Mei nanti diikuti perlawanan penutup musim menentang Bunga Raya FC pada 23 Mei, dengan kedua-dua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Pasukan berpangkalan di Kota Bharu yang memburu kelayakan ke Liga Super secara merit itu turut berpeluang untuk merebut kedudukan ketiga terbaik daripada Kedah FA apabila hanya dibezakan dengan satu mata.

Dalam pada itu, Irfan Bakti memaklumkan, kesemua pemainnya bersedia diturunkan pada kedua-dua perlawanan nanti kecuali Abdul Latiff Suhaimi yang digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika KRW mengalahkan Kelantan Wan Tendong Stable FC (Kelantan WTS) FC, minggu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN