Israel bunuh lebih 220 anggota Hizbullah dalam seminggu

Israel bunuh lebih 220 anggota Hizbullah dalam seminggu

RIBUAN penduduk mengusung keranda seorang anggota Hizbollah yang terbunuh di selatan Lubnan ketika pengebumiannya di kawasan Kafaat, pinggir selatan Beirut.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa pasukannya membunuh lebih 220 anggota Hizbullah di selatan Lubnan dalam tempoh seminggu lalu, ketika rundingan damai antara kedua-dua pihak memasuki hari kedua.

Menurut kenyataan tentera itu, lebih 220 pengganas Hezbollah yang beroperasi untuk melancarkan serangan terhadap tentera IDF ‘dihapuskan’ dalam tempoh tersebut.

Dalam tempoh sama, tentera Israel turut melancarkan serangan ke atas lebih 440 sasaran Hizbullah di beberapa kawasan di selatan Lubnan, katanya lagi.

Israel dan Lubnan bersetuju melanjutkan gencatan senjata pada Ahad, namun pertempuran terus berlaku antara tentera Israel dan Hizbullah yang disokong Iran, dengan ratusan dilaporkan terbunuh dalam serangan serta kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian.

Utusan daripada kedua-dua negara kini sedang mengadakan pusingan ketiga rundingan bagi menamatkan pertempuran, namun tiada kenyataan awam dikeluarkan ketika serangan masih berterusan.

Lubnan turut terheret ke dalam perang Asia Barat pada 2 Mac apabila Hizbullah melancarkan roket ke Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei.

Serangan Israel sejak itu mengorbankan lebih 2,800 orang di Lubnan.

Tentera Israel turut melaporkan kematian 19 askar di selatan Lubnan sejak pertempuran dengan Hizbullah tercetus.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN