Filipina desak Myanmar benar utusan ASEAN jumpa Suu Kyi

Filipina desak Myanmar benar utusan ASEAN jumpa Suu Kyi

KONFLIK di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina hari ini menggesa Myanmar membenarkan utusan khas ASEAN bertemu dengan pemimpin yang ditahan, Aung San Suu Kyi, sambil menekankan keperluan meningkatkan ketelusan susulan keputusan pihak berkuasa membenarkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

“Perkembangan ini dilihat sebagai langkah penting dalam siri langkah membina keyakinan yang diperlukan bagi kestabilan jangka panjang Myanmar,” menurut kenyataan Filipina yang memegang jawatan pengerusi ASEAN pada 2026.

Kementerian Luar Filipina turut menegaskan Myanmar perlu membenarkan Suu Kyi berhubung dengan keluarganya sebagai tanda ‘komitmen sebenar terhadap perdamaian nasional’.

Akses kepada utusan khas ASEAN akan menyokong penglibatan dengan semua pihak berkepentingan serta memajukan dialog nasional yang inklusif, kata kenyataan itu.

Filipina turut berkata perkembangan tersebut harus dimanfaatkan untuk membina momentum ke arah dialog politik dan proses perdamaian di Myanmar di bawah rangka kerja keamanan ASEAN yang dikenali sebagai Konsensus Lima Perkara.

Suu Kyi ditahan sejak kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2021.

Beliau sedang menjalani hukuman penjara 27 tahun selepas disabitkan bersalah atas beberapa kesalahan berdasarkan tuduhan yang disifatkan oleh sekutunya sebagai bermotif politik.

Hukumannya dikurangkan sebanyak satu perenam sebagai sebahagian daripada pengampunan pada April yang melibatkan ribuan banduan, turut menyaksikan pembebasan sekutunya, bekas presiden Win Myint.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×