Ferguson dikejar ke hospital sebelum United benam Liverpool

Ferguson dikejar ke hospital sebelum United benam Liverpool

ALEX Ferguson. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Legenda Manchester United, Alex Ferguson dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan tidak sihat sebelum kemenangan 3-2 Red Devils ke atas Liverpool di Old Trafford, hari ini.

Ferguson yang berusia 84 tahun dan sering hadir menyaksikan perlawanan di laman sendiri sebelum itu dilihat beramah mesra dengan tetamu di stadium berkenaan.

Bagaimanapun, pihak Manchester United tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keadaan kesihatan bekas pengendali mereka itu.

Laporan media tempatan menyebut Ferguson dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, apatah lagi beliau pernah mengalami pendarahan otak pada 2018.

Pengurus semasa United, Michael Carrick mengakui berita tersebut memberi kesan kepadanya dan pasukan menjelang perlawanan penting itu.

“Kami sangat terkesan dengan berita itu dan hanya berharap beliau berada dalam keadaan baik,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Carrick turut berharap kemenangan ke atas Liverpool yang mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan mampu memberi suntikan semangat kepada Ferguson.

Sepanjang 27 tahun mengemudi United, Ferguson mencipta legasi gemilang dengan menjulang 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dua trofi Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN