Ebola: Sukarelawan giat kekang maklumat palsu di Congo

Ebola: Sukarelawan giat kekang maklumat palsu di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONGBWALU: Sukarelawan giat menjalankan kempen dari rumah ke rumah untuk memerangi maklumat palsu mengenai Ebola di kawasan yang menjadi pusat wabak di Republik Demokratik Congo, kata Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) semalam.

Strain Ebola Bundibugyo, yang masih belum mempunyai vaksin atau rawatan diluluskan, kini diisytiharkan sebagai darurat yang membimbangkan antarabangsa oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad lalu.

IFRC berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan komuniti di Mongbwalu untuk memberi penerangan mengenai langkah perlindungan diri serta bila individu perlu mendapatkan rawatan perubatan.

“Reaksi komuniti masih bercampur-baur, bagi sesetengah orang wabak ini sangat nyata dan mereka mengambil maklumat mengenai cara untuk melindungi diri.

“Namun bagi yang lain, masih wujud rasa curiga dan maklumat palsu yang mendakwa Ebola itu direka-reka,” kata Penyelaras Operasi Serantau IFRC bagi rantau Afrika, Gabriela Arenas, kepada wartawan melalui pautan video dari Nairobi.

Ketegangan turut tercetus di peringkat tempatan. Penunjuk perasaan membakar khemah pesakit Ebola selepas pihak berkuasa Congo enggan menyerahkan mayat seorang pemain bola sepak tempatan yang dipercayai maut akibat wabak itu.

Mereka mahu mengebumikannya sendiri, dan keluarganya pula mempertikaikan Ebola adalah punca kematian beliau.

Episod itu menunjukkan betapa pentingnya membina kepercayaan dalam komuniti, kata Arenas.

Mayat mangsa Ebola sangat mudah berjangkit selepas kematian, dan pengebumian tidak selamat, iaitu apabila ahli keluarga menguruskan mayat tanpa peralatan perlindungan yang sesuai, merupakan antara punca utama penularan penyakit itu.

“Wabak Ebola bermula dan berakhir dalam komuniti, dan sebab itu penglibatan peringkat tempatan amat penting dalam tindak balas ini,” kata Arenas, sambil menambah bahawa khabar angin sering berpunca daripada ketakutan dan kekurangan maklumat yang boleh dipercayai.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN