PETALING JAYA: Dua kes baharu positif rabies direkodkan di Kuching, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu meningkat kepada 14 kes di Sarawak pada tahun ini. Kes terbaharu tersebut dikesan daripada 41 sampel haiwan peliharaan yang diuji dalam tempoh 27 April hingga 1 Mei. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berkata, satu kes dikesan di Sungai Tengah Kolong 2 melibatkan anjing peliharaan yang dilepas bebas. Katanya, satu lagi kes dilaporkan di Kampung Sungai…










