Cunha perkuat jentera serangan Man. United?

Cunha perkuat jentera serangan Man. United?

MATHEUS Cunha - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United menerima suntikan semangat menjelang aksi panas menentang Liverpool apabila penyerangnya, Matheus Cunha pulih daripada kecederaan.

Pengurus United, Michael Carrick berkata, Cunha sudah kembali menjalani latihan ringan dan berpeluang diturunkan dalam pertembungan klasik di Old Trafford, malam ini.

“Cunha sudah mula berlatih sedikit. Kami berharap dia sempat cergas. Luke Shaw pula masih belum pasti, manakala Matthijs de Ligt tidak akan terlibat,” kata Carrick.

United kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris(EPL) dengan hanya memerlukan dua mata lagi untuk mengesahkan kedudukan lima teratas sekali gus layak ke Liga Juara-Juara Eropah  musim depan.

Liverpool pula yang menghuni tempat keempat, hanya ketinggalan tiga mata di belakang United dan turut memburu slot ke pentas elit Eropah.

Menurut Carrick, perlawanan menentang Liverpool sentiasa menjanjikan intensiti tinggi tanpa mengira kedudukan liga.

“Ia antara perlawanan terbesar. Sejarah, emosi dan suasana menjadikannya sangat istimewa,” ujarnya.

Sejak mengambil alih pasukan menggantikan Ruben Amorim pertengahan musim, Carrick berjaya memperkemas rentak United sehingga kini berada di landasan terbaik menamatkan kempen dengan cemerlang.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN